Monday, January 3, 2011

Welcome back to work!

Assalamualaikum sahabat....
Hari ni merupakan hari pertama kite di institut setelah 9bln kite berkursus...Sure masing-masing mempunyai agenda yang bakal digalas serta tak kurang pula yang menunggu kepulangan kite,kan?
Apa-apa pun semoga dapat menjalankan tugas dengan sempurna....selamat bertugas. :)

Tuesday, November 23, 2010

PEMASANGAN PAPAN AGIHAN (DB)

Papan Agihan (Distribution Board) ialah tempat agihan bagi kabel litar akhir. Binaan papan agihan dibuat daripada pvc atau logam. Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa membeli papan agihan ialah:


v    Bilangan hala
v    Jenis binaan (logam atau pvc)
v    Jenis MCB, ELCB dan suis fius
v    Jenis bekalan (1fasa dan 3 fasa)



Saturday, November 20, 2010

LUKISAN PENDAWAIAN

         Lukisan pendawaian bermaksud lukisan yang menunjukkan bentuk laluan dan sambungan sesuatu litar pada kedudukan dan pendawaian sebenar yang melibatkan komponen, alat tambah dan unit-unit tertentu.
         
         Suis satu hala mengawal satu lampu


          Suis satu hala mengawal dua lampu



          Dua suis dua hala mengawal satu lampu


Thursday, November 18, 2010

LUKISAN SKEMATIK

       Lukisan yang menunjukan kendalian keseluruhan dan rekabentuk sesuatu litar pendawaian.

       Di bawah adalah contoh lukisan skematik litar pengguna.


SIMBO-SIMBOL PIAWAI ELEKTRIK


LUKISAN BENTANGAN

Lukisan Bentangan bermaksud lukisan yang menunjukan lokasi peralatan , alat perlindungan dan beban - beban elektrik dalam sesebuah bangunan.





Pemilihan penempatan alatambah

Sebagai pengenalan awal kepada lukisan bentangan, perkara-perkara ini perlu diambil perhatian sewaktu melukis gambarajah bentangan pemasangan domestik.

(i)   Suis hendaklah ditempatkan di tempat yang mudah dicapai, tidak terselindung atau di   tempat yang dilarang oleh peraturan IEE. Berikut ialah beberapa contoh penempatan suis yang dicadangkan.
v   Suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu kecuali bilik mandi. Ia mestilah dipasang di luar atau menggunakan suis tarik.

v   Suis 2 hala atau suis perantaraan digunakan di laluan Jalan, kaki lima, tangga dan sebagainya.

v   Seberapa boleh suis-suis yang mengawal lampu atau kipas di bilik yang sama dikumpulkan bersama bagi menjimatkan pendawaian (pendek), kemas dan kemudahan kawalan.

(ii)   Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah lampu kecuali bilik itu besar        dan memerlukan cahaya yang terang atau bilik untuk kegunaan khas. 
Berikut ialah contoh-contoh penempatan lampu yang sesuai.
v   Lampu bilik mandi yang bersebelahan dengan tandas dan berukuran daripada 4 meter persegi boleh berkongsi sebuah lampu yang dilukiskan di tengah-tengah sempadan kedua-dua bilik.

v   Lampu dinding mungkin sesuai di bilik rehat, oleh kerana cahaya yang dapat disebarkan terbatas, bilangan lampu perlulah ditambah lebih daripada satu.

v   Bagi mendapatkan keseimbangan cahaya yang diterima di sesebuah bilik, biasanya lampu-lampu itu akan dilukis di tengah –tengah bilik.

iii) Kipas siling dilukiskan ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada satu, ia mestilah di pasang di tempat yang sesuai agar kelihatan seimbang

(iv) Papan agihan dan alat kawalan pengguna ditempatkan dalam bilik stor atau di tepi dinding pintu masuk rumah.

(v) Soket alur keluar tidak boleh dipasang dalam bilik mandi atau di paras kurang daripada 300mm dari paras lantai kecuali jenis khas.




Tuesday, November 16, 2010

AIDIL ADHA

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA


"TIDAK akan mencapai Allah daging-daging (ternakan yang disembelih) dan darah-darahnya tetapi yang mencapai Allah ialah ketakwaan daripada kamu" Al Hajj:34
Ayat ini jelas menegaskan kepada kita perlunya membetulkan niat dalam melakukan ibadah korban iaitu semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah....