Thursday, November 18, 2010

LUKISAN BENTANGAN

Lukisan Bentangan bermaksud lukisan yang menunjukan lokasi peralatan , alat perlindungan dan beban - beban elektrik dalam sesebuah bangunan.





Pemilihan penempatan alatambah

Sebagai pengenalan awal kepada lukisan bentangan, perkara-perkara ini perlu diambil perhatian sewaktu melukis gambarajah bentangan pemasangan domestik.

(i)   Suis hendaklah ditempatkan di tempat yang mudah dicapai, tidak terselindung atau di   tempat yang dilarang oleh peraturan IEE. Berikut ialah beberapa contoh penempatan suis yang dicadangkan.
v   Suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu kecuali bilik mandi. Ia mestilah dipasang di luar atau menggunakan suis tarik.

v   Suis 2 hala atau suis perantaraan digunakan di laluan Jalan, kaki lima, tangga dan sebagainya.

v   Seberapa boleh suis-suis yang mengawal lampu atau kipas di bilik yang sama dikumpulkan bersama bagi menjimatkan pendawaian (pendek), kemas dan kemudahan kawalan.

(ii)   Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah lampu kecuali bilik itu besar        dan memerlukan cahaya yang terang atau bilik untuk kegunaan khas. 
Berikut ialah contoh-contoh penempatan lampu yang sesuai.
v   Lampu bilik mandi yang bersebelahan dengan tandas dan berukuran daripada 4 meter persegi boleh berkongsi sebuah lampu yang dilukiskan di tengah-tengah sempadan kedua-dua bilik.

v   Lampu dinding mungkin sesuai di bilik rehat, oleh kerana cahaya yang dapat disebarkan terbatas, bilangan lampu perlulah ditambah lebih daripada satu.

v   Bagi mendapatkan keseimbangan cahaya yang diterima di sesebuah bilik, biasanya lampu-lampu itu akan dilukis di tengah –tengah bilik.

iii) Kipas siling dilukiskan ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada satu, ia mestilah di pasang di tempat yang sesuai agar kelihatan seimbang

(iv) Papan agihan dan alat kawalan pengguna ditempatkan dalam bilik stor atau di tepi dinding pintu masuk rumah.

(v) Soket alur keluar tidak boleh dipasang dalam bilik mandi atau di paras kurang daripada 300mm dari paras lantai kecuali jenis khas.




2 comments: